perigi dan timba

ble lihat ramai kwn2 menjejakkn kaki ke alam lain bersama psgn masing2 membuatkan ak rase hepy sbb masing2 dah ade kehidupan masing2.. namun dalam kegembiraan tu terdetik dihati tuk mencari siapakah pemilik tulang rusuk ini.... namun banyak persoalan yang timbul ble bercakap pasal jodoh nih...

mmglah zaman sekarang tak kesah saper yg kejar saper, yg penting hati ikhlas kerana Allah SWT dan sentiasa sematkan dlm hati kita, andai ini bukan jodohku maka Allah SWT pasti akan sediakan sesuatu yg lebih baik utk kita di masa depan.. tapi jgn putus asa.. sebab jika kita mencintai Allah SWT dgn sepenuh hati maka segala makhluk akan cinta pada kita...

then satu hari mase ngah bc2 artikel kat iluvislam jmp pasal "Manual Bercinta: Perigi Timba Sama Mencari" banyak gak mende ak dpt dr artikel nih.. kalu dah jmp yg terbaik maka perlu usaha+doa = tawakal.

usaha:

salah satu cara bila perigi mencari timba adalah menggunakan "Orang tengah" yg bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita...

doa:

"Ya Allah, jika dia benar diciptakan untukku maka Kau satukanlah kami dengan ikatan yang sah.. Tetapi jika dia bukan jodoh yang terbaik untukku, maka Kau hapuskanlah perasaan yang mula bercambah dalam hatiku ini & kekalkanlah kami sebagai persaudaraan Islam saja.."
Ameen Ya Rabb...

tawakal:

berserah kepada Allah dan redha dengan apapun keputusan yg akan diterima....

Telah dijanjikan:
Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik.
Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan...

Comments

Popular posts from this blog

rombongan kenduri kawen ke johor

hasya damia

kembara mencari cinta